Wednesday, January 20, 2010

Entri pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah entri pengenalan.
Penulis bernama Muhammad Iqbal bin Abu Bakar.
Tujuan blog ini dibuka adalah bagi memenuhi kretiria sebagai seorang pelajar online journalism.
Setiap pelajar online journalism disyaratkan mencipta sebuah blog masing-masing dan mengemaskini blog mereka bagi tujuan pantauan Encik Faisal yang kacak bergaya selaku pensyarah subject tersebut.


serba sedikit mengenai penulis
Asal : Kuala Lumpur.
Tempat mastautin : Pelabuhan Klang.
Adik beradik : 5.
Buku kegemaran : Tuesdays with Morrie.
Sekolah rendah : Methodist Boys School, Sekolah Rendah Islam Hira'.
Sekolah menengah: Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Diploma : Kolej bersekutu UiTM,Unikop. (Diploma in Science)

minat
Sejak dari zaman sekolah lagi saya berangan-angan untuk menjadi seorang sport journalist.
Namun chilhood dream tersebut seakan-akan pudar setelah berkecimpung dalam bidang sains tulen di peringkat menengah dan diploma.
Walaubagaimanapun, saya masih mempunyai minat yang dalam terhadap sukan.
Oleh kerana itu saya fikir blog ini akan lebih menerapkan elemen sukan berbanding blog saya yang lain.
Saya adalah peminat ryan giggs di padang bolasepak, roger fedderer di arena tenis, raikonnen di litar f1, allen iverson di gelanggang NBA dan lain-lain.
Bagi saya,sukan itu boleh membuka mata dunia.

matlamat
Harapan saya bagi subject online journalism ini adalah supaya saya didedahkan dengan selok-belok dalam bidang penulisan, terutamanya secara online.Saya yakin Encik Faisal boleh memberi tunjuk ajar yang terperinci dan berkesan.Setelah tamat subject online journalism, saya berharap untuk menulis dengan lebih baik.

Sekian

No comments:

Post a Comment