Saturday, January 30, 2010

transmisi kegemilangan

......................................................................
9 januari 2010 - Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim

22 januari 2010 – Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

24 januari 2010 – Tun Ghazali Shafie
......................................................................

Demikianlah rentetan pemergian tokoh-tokoh terbilang negara. Seorang demi seorang mengucapkan selamat tinggal kepada kita dalam jurang masa yang begitu singkat. Mereka pergi dan meninggalkan jasa yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air. Ketiga-tiga tokoh tersebut adalah golongan emas dan pergi kerana usia tidak mengizinkan. Ini menimbulkan persoalan tentang mampukah negara kita melahirkan generasi-generasi baru yang mampu memberi impak yang sama kepada tanah air di samping memimpin dengan efisyen . Dengan zaman yang kian maju, generasi baru kini serba lengkap dengan pengetahuan dan teknologi namun ianya menjadi teka-teki samada mereka mampu menghadapi cabaran dari segi fizikal dan mental. Generasi dahulu diajar dan dipupuk sejak dari kecil dengan pelbagai dugaan. Mereka terpaksa berhempas-pulas untuk mencapai cita-cita dan faktor ini secara tidak langsung membuatkan rata-rata tokoh tanah air yang senior kental dari aspek semangat dan azam mereka. Sementara itu, golongan millennium pula terlalu dimanjakan dengan kesenangan dunia. Mereka hidup dalam persekitaran yang serba lengkap dan tidak hairanlah jika ada dari mereka tidak mengenal erti kesusahan. Adakah anak-anak muda zaman ini mampu menggalas cabaran dan menyambung kegemilangan negara? Fikirkanlah

No comments:

Post a Comment